Pengukuran langsung kilat bebola semula jadi Kilat bebola

Pada Januari 2014, ahli sains daripada Universiti Normal Barat Laut di Lanzhou, China, menerbitkan keputusan analisis rakaman yang dibuat pada pada Julai 2012 mengenai spektrum optik yang disangka sebagai kilat bebola semula jadi semasa mengkaji kilat awan–tanah biasa.[2][5] Dari jarak sejauh 900 m (3,000 ka), sejumlah 1.64 saat video kelajuan-tinggi kilat bebola dan spektrumnya dirakam, daripada pembentukan kilat bebola selepas kilat biasa memancar ke tanah, sehingga reputan optik fenomena itu. Garis pancaran atom neutral silikon, kalsium, besi, nitrogen dan oksigen dikesan berbanding dengan garis pancaran kebanyakannya ion nitrogen dalam kilat utama. Ayunan dalam keamatan cahaya dan pancaran oksigen dan nitrogen pada frekuensi 100 Hz, disebabkan oleh medan elektrik talian penghantaran kuasa voltan-tinggi 50 Hz berhampiran, dapat diperhatikan. Daripada spektrumnya, suhu kilat bebola ditaksir sebagai lebih rendah daripada suhu kilat utama (<15,000–30,000 K). Data yang diperhatikan sejajar dengan pengewapan tanah selain daripada kepekaan kilat bebola terhadap medan elektrik.[2][5]